Tentang Sidai2u




PROFIL :
Sidai-Sidai merupakan sebuah jenama yang memfokuskan kepada barangan keperluan rumah yang kini dipasarkan melalui sebuah syarikat milik bumiputra sepenuhnya iaitu HMD Prima Sdn Bhd. Sidai-Sidai diinspirasikan pada tahun 2010 atas rasa ingin berkongsi dan menambah nilai hidup individu lain melalui kepakaran dan minat yang mendalam didalam perihal keperluan dalaman rumah.
PRINSIP:
“Hidup ini bukanlah tentang apa yang kita perolehi,
tetapi yang paling penting tentang apa yang kita BERI”.
Sidai-Sidai sangat percaya dan akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip tersebut. Ini dibuktikan dengan Sidai-Sidai hanya akan menawarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai 200% lebih daripada nilai yang akan dibayar oleh para pelanggannya.
VISI & MISI
MENAMBAH NILAI RUMAH ANDA
Berdasarkan kepada visi & misi tersebut, Sidai-Sidai sangat komited dalam membawa suatu revolusi bagi menaiktaraf imej kediaman setiap individu dan sekaligus membina sebuah imej negara maju.